Search

01 May 2011

perjuangan belum selesai

Assalamualaikum


(Pesanan untuk diriku yang mudah alpa)

HISTORY...SEJARAH...YEOGSA...REKISHI...

"Sesiapa yang melupakan sejarah, pastikan akan mengulanginya kembali"

Salahuddin al-Ayubi, Umar Abdul Aziz dan Sultan Muhammad al-Fateh...

Tiga pemuda Islam yang sangat terkenal dengan sumbangan dan perjuangan yang telah mereka lakukan kepada Tamadun Islam.. Sejarah hidup mereka tidak mungkin dapat dilupakan sehingga kini..

Perjuangan Salahuddin al-Ayubi untuk mendapat kembali Jerusalem (Palestin) dari tentera Salib. Kepimpinan beliau menjadikan rakyat bersatu dan semangat untuk memperjuangkan jihad setelah sekian lama ditindas oleh tentera Salib..

Umar Abdul Aziz, kepimpinan beliau mentadbir Kerajaan Ummaiyyah sehingga menjadikan seluruh umat Islam tidak layak menerima zakat kerana kekayaan yang mereka miliki.. Keperibadian dan corak pemerintahan beliau seperti para Khalifah al-Rasyidin..

Kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh sehingga berjaya menawan kota Konstantinopel yang mana ramai pejuang-pejuang Islam terdahulu gagal untuk menakluki nya. Menukarkan daratan menjadi lautan dan menawan kota tersebut pada usia yng muda menjadikan beliau seseorang yang amat disegani.

Namun, itu telah menjadi sejarah.. Kini, semua tidak seperti dulu kala.. Kita tidak bersatu padu seperti dahulu.. Kita tidak lagi kuat seperti dahulu.. Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada kisah-kisah pejuang Islam yang terkenal ini? Bagaimana Umar Abdul Aziz merubah pentadbiran yang ketika itu berada dalam kucar kacir.. Bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh menukar sikap rakyatnya yang teruk kepada baik.. Bagaimana Salahuddin al-Ayubi menyatukan rakyatnya setelah lama ditindas oleh tentera Salib.. Jangan biarkan sejarah mereka hanya tinggal sejarah..

Ambillah kisah hidup mereka sebagai pemberi semangat untuk memperjuangkan Islam.. Pesanan bagi diriku dan pemuda-pemuda Islam, contohi sifat peribadi mereka yang sabar dalam menghadapi dugaan dan sentiasa patuh kepada perintah Ilahi.. Tiada kerugian dalam melakukan perkara yang disukai-Nya..

Jangan mudah leka dengan kemudahan dan kemewahan yang berada di bumi ini. Yang akan di bawa hanyalah amalan kita sahaja. Ubahlah diri sendiri selagi pintu taubat masih terbuka.. Tegakkan Syiar Islam di muka bumi ini kerana ISLAM IS THE WAY OF LIFE..

Tugu Salahuddin al-Ayubi

"Biarlah kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit"


-Sekian, Wassalam-

No comments:

Post a Comment